Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah pernah berkata, ' Jangan berjalan dengan memakai sebelah kasut. Pakai kedua-dua belah ataupun tanggalkan kedua-duanya.'
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
Abu Hurairah juga melaporkan, katanya, "Saya mendengar Rasulullah berkata, 'Apabila tali kasut saudara putus, jangan berjalan dengan sebelah kasut sahaja, sehingga dibaiki'."
Direkodkan oleh Muslim.
Jabir melaporkan, "Rasulullah melarang orang memakai kasut sambil berdiri."
Direkodkan oleh Abu Daud.
No comments:
Post a Comment